Bagi sesiapa yang berhasrat untuk memulakan perniagaan Cyber Cafe, DZA SMART TECH Integrated sedang dalam proses untuk menjual peralatan-peralatan Cyber Cafe yang dimiliki.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di talian atau email yang tertera di sebelah kanan blog ini. Kadang kala terdetik juga rasa sayang hendak menjual perniagaan serta segala keringat yang telah dicurahkan selama ini. Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya keluarga dan pengajian diberikan keutamaan yang lebih apatah lagi setelah kehadiran 'Si Comel'. Di samping itu, banyak lagi perniagaan-perniagaan lain yang lebih mudah dipantau dan diurus.
Insya Allah kalau disertasi MA dapat disempurnakan secepat mungkin, permohonan untuk PhD dapat dikemukan dalam tempoh yang terdekat (2009 Insya Allah).
Harga boleh dirunding.
9 buah PC Pentium 4 2.66 GHz (dibeli pada bulan 11/05),
256MB DDR RAM,
40GB Hard Disk,
CD ROM,
1.44MB Floppy Drive,
Keyboard/Mouse,
128MB Graphic Card (HIS)
17" Monitor IBM/DELL
3 buah PC AMD Sempron 2800 1.60 GHz (baru lagi beli ... bulan 11/06),
256MB DDR RAM,
80GB Hard Disk,
CD ROM,
1.44MB Floppy Drive,
Keyboard/Mouse,
256MB Display Card (FX5200)
17" Monitor ACER
Termasuk:- HP Laser Printer 1020, Canon Printer IP3300, D-Link Switch 24 Port, 12 Ethernet Cable, 12 buah kerusi dan 4 buah meja (7.5" x 2.5") Satu meja untuk 3 buah PC
Flyers Permata Hijrah

Flyers One Drop Perfumes
Sememangnya sukar untuk menafikan bahawa Flyers, Brochure, Pamphlet, Leaflet, Handbill atau yang seumpama dengannya adalah merupakan antara salah satu cara promosi yang termurah dan paling efektif. Edarkanlah risalah anda di ekspo, pameran, gedung membeli-belah, kedai, kaunter, kiosk dan pelbagai tempat lagi yang anda fikirkan strategik, Insya Allah, anda akan pulang dengan menerima ratusan jika tidak puluhan panggilan dan seterusnya tempahan dari mereka.
KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.
Anda tentunya biasa melihat sampul surat (envelope) syarikat yang dilengkapi dengan nama syarikat, logo dan alamat. Ianya melambangkan kredibiliti dan kestabilan sesebuah institusi tersebut. Hanya dengan melihat sampul surat sahaja, seseorang boleh mengetahui dari mana surat ini datang. Ianya mungkin nampak terlalu remeh namun peranannya cukup besar dalam mengembangkan dan memperkukuhkan empayar perniagaan anda.
Sekali lagi, kami di sini sedia membantu mengembangkan perniagaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak sampel kad kahwin atau kad jemputan, sila layari:
http://mykadkahwin.blogspot.com/
http://mykadkahwin.blogspot.com/
http://mykadkahwin.blogspot.com/

Anda seorang usahawan, ahli perniagaan, tokoh korporat, pembekal, pemborong atau apa sahaja pekerjaan anda. Anda pastinya memerlukan dokumen perniagaan seperti: Receipt, Invoice, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO), Payment Voucher dan pelbagai lagi.
Jika sekiranya anda sebagai seorang PELANGGAN, apabila anda mendapat sebut harga dari mana-mana pembekal, anda perlulah menghantar Purchase Order (PO) kepada pembekal. Bila anda telah menerima barangan atau perkhidmatan tersebut, anda akan menerima Delivery Order (DO) dan Invoice dari pembekal. Sebagai bukti pembayaran telah dibuat, anda memerlukan Payment Voucher dan pembekal akan memberikan Receipt kepada anda.
Jika sekiranya anda sebagai seorang PENIAGA, sama ada anda menjual produk atau menyediakan perkhidmatan, pelanggan akan memohon sebut harga dari anda. Setelah pelanggan bersetuju, anda akan menerima Purchase Order (PO) dari pelanggan. Anda akan menyerahkan barangan atau menyediakan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan. Sebagai bukti penyerahan, satu Delivery Order (DO) perlu diserahkan kepada pelanggan beserta dengan Invoice. Satu salinan untuk pelanggan dan dua salinan untuk anda. Anda akan menerima Payment Voucher dan memerlukan Receipt sebagai bukti penerimaan bayaran.
KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.









