Tahun 2009, DZA SMART TECH Integrated melangkah maju setapak lagi ke hadapan dengan mewujudkan satu lagi cabang perniagaan baru. KOLEKSI CIKMA adalah sebuah butik muslimah yang menawarkan pelbagai jenis pakaian muslimah bermula dari selendang, tudung, telekung, jubah labuh, jubah mini dan yang paling utamanya adalah T-Shirt Labuh Muslimah.

Untuk maklumat semua peminat T-Shirt Labuh Muslimah terutamanya di kawasan Pantai Timur dan Kuala Terengganu, kami di sini dengan sedaya upaya yang termampu menghimpunkan pelbagai jenis tshirt labuh muslimah yang terdapat di pasaran untuk memudahkan ibu bapa, anak-anak dan muda mudi yang mementingkan penampilan yang berakhlak agar dapat tampil dengan penampilan yang penuh bergaya dan dalam masa yang sama menjaga keperibadian anda sebagai seorang wanita/perempuan yang solehah.

Kini KOLEKSI CIKMA adalah merupakan pengedar utama yang sah bagi beberapa jenama T-Shirt Muslimah yang terkenal antaranya adalah Hilyah, Sumayya dan Brotherhoodarts.

Sila layari web ini untuk maklumat lanjut.