Untuk mendapatkan lebih banyak sampel kad kahwin atau kad jemputan, sila layari:

http://mykadkahwin.blogspot.com/

http://mykadkahwin.blogspot.com/

http://mykadkahwin.blogspot.com/




Anda seorang usahawan, ahli perniagaan, tokoh korporat, pembekal, pemborong atau apa sahaja pekerjaan anda. Anda pastinya memerlukan dokumen perniagaan seperti: Receipt, Invoice, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO), Payment Voucher dan pelbagai lagi.

Jika sekiranya anda sebagai seorang PELANGGAN, apabila anda mendapat sebut harga dari mana-mana pembekal, anda perlulah menghantar Purchase Order (PO) kepada pembekal. Bila anda telah menerima barangan atau perkhidmatan tersebut, anda akan menerima Delivery Order (DO) dan Invoice dari pembekal. Sebagai bukti pembayaran telah dibuat, anda memerlukan Payment Voucher dan pembekal akan memberikan Receipt kepada anda.

Jika sekiranya anda sebagai seorang PENIAGA, sama ada anda menjual produk atau menyediakan perkhidmatan, pelanggan akan memohon sebut harga dari anda. Setelah pelanggan bersetuju, anda akan menerima Purchase Order (PO) dari pelanggan. Anda akan menyerahkan barangan atau menyediakan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan. Sebagai bukti penyerahan, satu Delivery Order (DO) perlu diserahkan kepada pelanggan beserta dengan Invoice. Satu salinan untuk pelanggan dan dua salinan untuk anda. Anda akan menerima Payment Voucher dan memerlukan Receipt sebagai bukti penerimaan bayaran.

KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.

Adakah anda terlalu berkira untuk melaburkan RM0.24 untuk sekeping kad nama atau kad perniagaan? Jika sekiranya jawapan anda adalah YA, maka padamkanlah segera impian anda untuk mendapatkan prospek perniagaan yang bernilai ribuan malah jutaan ringgit.

Mengapa perlu berkira sedemikian rupa sedangkan kad yang nilainya hanyalah RM0.24 sekeping adalah merupakan keperluan yang amat penting ketika anda berusaha melebarkan sayap kerjaya anda. Tidak kiralah anda bekerja sebagai seorang Ahli Perniagaan :: Ahli Korporat :: Usahawan :: Eksekutif Pemasaran :: Agen Hartanah :: Agen Perlancongan :: Agen Koperasi :: Agen Jualan Langsung :: Ahli Parlimen :: Ahli Politik :: Pegawai Tadbir :: Doktor :: Pengarah Urusan :: Pekerja Swasta :: Pensyarah :: Freelancer :: atau siapa sekalipun anda.

Dengan bermodalkan RM60, anda bukan sahaja dapat memiliki 250 keping kad nama atau kad perniagaan dengan saiz standard 52mm x 86mm, cetakan warna penuh menggunakan kertas 260gsm art card, kertas berkualiti tinggi bagi ketahanan maksimum, dikemaskan lagi dengan lapisan Matte Laminate (lapisan terbaik) sekaligus menyerlahkan keunggulan & kredibiliti anda. Bahkan, dalam masa yang sama ianya seumpama mata kail anda yang hanya menantikan saat untuk diterkam oleh ikan-ikan yang sedang kelaparan di luar sana. Siapa tahu?

Kad nama atau kad perniagaan adalah salam perkenalan anda kepada para pelanggan. Ianya merupakan 'pandangan pertama' para pelanggan terhadap perniagaan anda. Siapa sangka ianya boleh bertukar menjadi 'cinta pandang pertama' buat perniagaan anda. Begitu jugalah dengan kad nama yang cetakannya pudar, rekabentuk ala kadar, penggunaan warna yang tidak sesuai dengan imej perniagaan, penggunaan kertas yang tidak berkualiti akan memberi impak dan kesan negatif kepada perniagaan anda walaupun anda adalah yang terbaik.

Tahukah anda? Berapa keping kad nama yang perlu diberi kepada pelanggan anda? Satu? Dua? Tiga? Dalam setiap pertemuan, satu kad nama sudah dikira memadai. Anda tentunya mengharapkan pelanggan akan menghubungi anda dalam tempoh waktu yang terdekat. Bagi pelanggan yang 'slow' untuk menghubungi anda, anda digalakkan memberi satu lagi kad nama. Bukankah anda telah memberinya sebelum ini? Benar! Tapi kajian (oleh pakar motivasi) menunjukkan, kad nama yang diberi secara berulang-ulang lebih memberi kesan kepada para pelanggan. Kenapa? Kad nama sebenarnya adalah promosi perniagaan. Promosi yang dijalankan secara berulang-ulang sudah tentu memberi kesan. Sebab itulah iklan di televisyen ditayangkan berulang-ulang kali (kebanyakkan iklan, telah kita hafal dialognya!) Hebat bukan? Kesan dari promosi yang berulang-ulang akan menyebabkan para pelanggan mengingati anda dan syarikat anda dan seterusnya perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sesetengah individu tidak mengambil berat tentang kepentingan kad nama atau kad perniagaan. Ianya dilihat sebagai suatu mainan suka-suka dan hal remeh temeh. Tidak hairanlah bagi sesetengah individu, 100 keping kad dalam setahun pun begitu sukar untuk dihabiskan. Akhirnya, perniagaan @ jawatan serta alamat telah berubah dan kad yang masih banyak terpaksa dibuang. Oleh itu, selalulah kita memberikan kad berulang kali walaupun kepada orang yang sama. Ingat, kad nama bukan sekadar kad, ia adalah iklan & promosi.

KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.

HANYA RM60.00 untuk cetakan depan sahaja
RM80.00 untuk cetakan depan dan belakang.