Tawaran ini hanya dikhaskan untuk mana-mana institusi pengajian agama, institusi pendidikan Islam, badan dakwah dan yang seumpama dengannya sahaja.

Jika sekiranya anda berminat untuk mempunyai sampul duit raya yang tersendiri dan dalam masa yang sama menambahkan dana kewangan anda melalui jualan sampul duit raya, maka kami di sini sedia membantu anda.

Membuat kebajikan bukanlah sukar sebenarnya. Ianya tidak terbatas kepada pemberian semata-mata, bahkan sedikit bantuan dan pertolongan yang dihulurkan untuk meringankan bebanan seseorang juga sudah dikira sebagai suatu kebajikan. Atas semangat inilah, kami di sini sedia membantu anda. Semoga rahmat dan keberkatan Allah s.w.t. sentiasa bersama dengan perniagaan kami ini.

Contoh di atas adalah contoh sampul surat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang kami rekabentuk. Jika sekiranya ada yang berminat, sila hubungi kami terus untuk mendapatkan sebut harga yang ISTIMEWA.